SAYANG


a dream is a dream and i will keep it in my heart at all time

i need you. i love you all !

WELCOME STRANGER (!) My Blogger is best View with Google Chrome! Ho

best view with Google Chrome only. Thank you :)


Dec 18, 2010

Tiada lagi gentar !
Genggaman tanganku !


YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA, YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T..



Tidak ada perempuan yang jahat, selagi dia tak pernah mengaku dia jahat ! :)
YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA, YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T..

Dec 14, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT !

Assalamualaikum :) 


ha, korang berminat nak baca entry ni ? meh sini cepat. Entry ni mengenai Islam :D korang yang beragama Islam wajib baca, okay ? Hope kita semua dapat menjaga aurat sebagai seorang muslim. InsyaAllah :)



I LOVE ISLAM
COVER YOUR AURAT CAMPAIGN
See ? ya, Ini Banner untuk entry kali ini. :) Comel kan ? tapi kalau tudung tu kita pakai elok elok, mesti nampak Ayu Sangat :D Kempen ni dianjurkan oleh [ AFIQ NAUFAL ] . Macam mana qila bole join ? sebab Qila ada follow abang ini punya blog [ Ben Ashaari ] so pagi ni dia ada buat entry baru pasal kempen ni.  Apa lagi qila berminat lah nak bagi support. Thank's ya ? :)

Qila nak bagi pandangan tentang Menutup Aurat ini. Qila sendiri orang Islam dan korang pun macam itu juga kan ?
So, kita ni kena lah tahu macam mana nak tutup aurat mengikut cara Islam. Ya, memang tak dinafikan yang qila ni tak tutup aurat macam cara Islam, but kita mestilah ada usaha dari sekarang. Islam nak jaga Maruah kita dan bukan menyusahkan kita. Islam juga tak Memaksa tapi Islam mahu kita lakukan dengan Baik. :)
Alhamdulillah, qila boleh buat sedikit demi sedikit dan Alhamdulillah qila tak pernah Freehair !

 Freehair ? Rambut Percuma ? haha,  hebat tak bahasa English ini mempermainkan kita ? see ? Dalam masa yang sama kita free kan rambut kita dekat semua orang, dan semua orang boleh tengok rambut kita dengan Percuma ? alahaii, murah nya maruah kita. Nak ke kita kalau orang cakap macam itu ? Freehair ! setiap masa dan setiap masa juga kita dapat Dosa. Subahanallah... Kita ni kan nak jual mahal ? kalau nak jual mahal mestilah betul betul mahal. Jangan sesekali kalah dengan diri sendiri. Sekali kita kalah, hancur semuanya. Kalau nak bangkit semula ? memang boleh. Itu lah yang lebih bagus, k ?

Cuba kita fikir balik tentang Tutup Aurat ini. Renungkan dalam dalam. Bukan qila cakap kosong, semua ini pun untuk kesedaran qila. :)  Qila pernah dengar orang kata " Rimas lah pakai tudung ni. Panas ! " eh eh, itu pun jadi masalah ke ? Habis tu macam mana dengan Wanita kat Arab ? Tak kan dorang tak panas kan ? Dorang lagi panas tapi disebabkan Niat dorang yang betul, dorang boleh buat apa sahaja yang Islam buat. Tapi kita ? Suka merungut tak tentu pasal. Ada je benda tak kena dan ada je benda yang kita nak salahkan. Tengok lah, kita sendiri tak ada Niat yang betul.

Tutup Aurat ni nak jaga kita. Bukan kat Dunia je, tapi kat Alam kita seterusnya. Dunia dan Akhirat. Itu lah yang Islam maksudkan :) Bila kita betul betul faham tentang tutup aurat ini, mesti kita akan rasa selesa sangat dan tak kan pernah rasa merungut. Tapi dalam masa yang sama kita mestilah jaga ibadah, kalau ibadah kita dah terpesong, memang lah aurat kita pon dah Terpesong. Tak Gitu ? hehe, Kalau kita tutup aurat semuanya, orang Islam akan sayang kita dan mereka akan hormat kita dari semua aspek. 

Lagi lagi Lelaki Islam. Mereka nak lihat Perempuan Islam tutup aurat mereka dengan baik. Lelaki kalau bab tutup aurat, dorang memang senang. Tapi perempuan banyak benda yang kena jaga. Permata kita untuk bekalan di Akhirat nanti. Sebenarnya lah, bila di kaji balik. Lelaki ini nak perempuan yang betul betul baik. Sejahat mana pun lelaki tu, akhir sekali dia mesti nak Berkahwin dengan perempuan yang mulia. Lelaki ni mana pandang dah perempuan dah hancur. So, Perempuan. Jum sama sama kita jaga bangkit. Ingat Dunia kita selepas MATI.

Tutup aurat ni tak semestinya pada pakaian je tapi banyak aspek. Lagi lagi Kaum Hawa. betul tak ?
Aurat wanita termasuk Nada suara, cara bercakap, cara berjalan, cara pergaulan, cara menghormati orang lain dan banyak lagi. Semua itu Aurat Wanita yang harus dilindungi :)
Qila pernah kaji buku teks skola qila, ada satu ayat tu " Seburuk buruk suara, adalah suara keldai " 
eh, nak ke kalau kita macam itu ? Suara ni lambang peribadi wanita taw. Kalau suara kita halus, sopan mesti ramai yang suka berkawan dengan kita. :)

Dan akhir sekali, Qila harap apa yang qila dah tulis ini dapat qila lakukan dan korang semua pun mesti lakukan. Alhamdulillah, qila boleh ikut ini semua dari dulu lagi. Thank's to my Mom and Dad sebab jaga qla dari kecil dan tak pernah lepaskan qila. Dari kecil sampai sekarang kena Kongkong! haha, xD Dan qila dah nampak hikmah kenapa parents qila lakukan semua ini. Amin :)

Maaf kalau ada info yang salah. Harap korang boleh betulkan. Wassalam...... :D


Kempan ini qila nak Tagged pada kawan kawan Islam qila. Hope korang boleh bagi support dalam Kempan ini, okay ? Kita Islam so jagalah ISLAM !!! :)

Kalau yang lain nak join, boleh! Wajib ! haha xD  cara cara dia ada kat sini   [AFIQ NAUFAL]

YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA, YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T..

Dec 13, 2010

Kepada Lelaki Yang Pernah Berdamping Dengan Wanita Seperti Ini :)

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.


Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.


Article ni di ambil dari blog kawan saya ;) 

YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA, YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T..

Advice !

Assalamualaikum :D

ya, pagi yang segar ! dan tetap segar.. InsyaAllah.. Terus kan perjuangan dan jangan pernah henti :) Hari ni nak buat Blogwalking lahh. hehe, nak tambah idea lagi. haiss, juling mata den. haha, xD 

Kepada penasihat saya, thank's sebab tak henti henti bagi Advice. :') Qila sayang korang.. Hidup memang macam ini kan ? Tak apa. Dah nak habis sekolah dah, lagi setahun. Lepas itu, semua akan berakhir. Cari hidup yang baru ! yeah.
Semua akan jadi yang baru. Tak nak jadi macam budak budak daa. hehe ;Pp
Islam pula akan qila pegang and jaga elok elok.


 Ya Allah, kuatkan lah aku. aku memang hambaMu yang lemah. Ampun kan aku :'(

Qila dah tanak cakap pasal ma*i.. semua ni salah qila, siapa suruh buat semua ni, kan dah kecewa ! haha, ape daa.. So, lepas ni kena kuatkan semangat. Jangan tewas da ! yeah. :D


YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA, YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T..

It's Over !!

ya, it's over now. Everything is over ! yeahh.. haha xD u must be strong. Maybe ni jalan terbaik untuk dekatkan diri dengan Allah. insyaAllah. Tiap masa msti rasa kehilangan but semua tu tak ada pape kan ? tak apa lahh. Ikut halua masing masing sudaa lah. Next Year den dah makin bosa so den nak jadi perempuan yang betul betul perempuan Islam. amin :)

Just Go on.. 

YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA, YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...